Bull dan Bear Market



Kebiasaannya pada waktu trading di pasaran saham, ada sebahagian saham naik dan ada sebahagian lagi turun. Sekali-sekala, berlaku gelombang di mana majoriti harga saham di pasaran bergerak pada direction yang sama. Jika gelombang pergerakannya adalah menaik, kita panggil sebagai "bull market". 

Selagi pasaran bullish, pelabur gembira kerana dapat meraih untung memerhatikan harga saham yang mereka pegang dalam portfolio meningkat. Go to bed happy, and wake up happy!

Bull market tidak pernah kekal selamanya, lambat laun, gelombang naik boleh jadi bertukar direction ke downhill pula. Gelombang downhill ini kita panggil 'bear market'. 

Bila saham jatuh 10% dari harga terkini, ia dipanggil 'correction'. Bear market pula terjadi apabila saham jatuh 25% atau lebih. 

Kesimpulannya,
Bull = Market naik ⇗
Bear = Market merudum ⇘



Bear market yang berpanjangan boleh menguji kesabaran dan membuat pelabur berpengalaman tak keruan. Tak kira betapa bagus pun anda memilih saham, harga saham anda tetap boleh jatuh ketika bear market. Jika anda pelabur unit trust, sedikit sebanyak harga NAV unit trust anda pun akan jatuh juga kerana harga unit bergantung kepada harga saham yang dimiliki oleh unit trust fund anda. Ini dapat kita perhatikan dengan ketara ketika tahun 2014 (ketika harga crude oil mula merudum) di mana majoriti unit trust yang melabur di pasaran Malaysia merekodkan pulangan negatif pada tahun tersebut kecuali beberapa fund sahaja termasuk Eastspring Dana Al-Ilham.

Correction dan bear market adalah fenomena yang biasa berlaku di stock market. Ianya tidak dapat dielakkan. Yang 'ideal' nya, semua orang berharap dapat warning signal supaya boleh jual saham atau unit trust sebelum bear market berlaku dan kemudian membeli pula ketika murah sebelum bull market. MASALAHnya, takde siapa yang ada crystal ball untuk predict bear market. Dalam percubaan untuk mengelak bear market, boleh jadi anda terlepas pula peluang untuk berlari bersama ketika bull market!

Solusi mudah untuk menghadapi bear market ini adalah dengan set up satu jadual berkala membeli saham atau unit trust. Dengan cara ini, pelabur meletakkan fix amount setiap bulan, atau tiga bulan atau enam bulan mengikut keselesaan. Method ini yang kita biasa panggil 'dollar cost averaging'.

Anda boleh melabur dengan cara ini di unit trust melalui 'Regular Saving Plan' dengan amount minimum RM 100 sebulan.

Happy Investing!

Zhafran
Whatsapp / Telegram: 0122153974
Email: zhafran.jarir@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Up