Pelaburan 101


Investing.

The act of committing money or capital to an endeavor with the expectation of obtaining an additional income or profit.

Apa itu pelaburan? Dalam bahasa mudahnya, pelaburan (investing) adalah membiarkan duit berkerja untuk anda. Duit adalah 'kawan baik' anda sejurus ianya dibiarkan untuk berkerja. Kawan baik ini boleh memberikan wang poket tambahan tanpa anda perlu melakukan kerja.


Katakan anda deposit RM 1000 dalam fixed deposit account yang memberikan kadar pulangan tahunan sebanyak 3% . Selepas setahun, dapat pulangan RM 30. Ingat, RM 30 ini anda dapat tanpa perlu ambil upah dari kerja cuci dekat 'car wash' atau pegang mesin potong rumput belakang rumah. Dengan melabur, duit anda yang berkerja untuk mendapatkan lebihan duit tersebut.


RM 30 mungkin nampak sikit, tapi cuba tengok hasilnya bila anda deposit RM 1000 setiap tahun selama 10 tahun manakala 3% profit rate tadi dibiarkan compounding dan berkembang tanpa diusik. Pada hujung tahun ke 10, hasil duit anda berkembang menjadi RM 11,807.80 di mana RM 10,000 jumlah deposit di tambah RM 1,807.80 yang datang daripada hasil keuntungan.


Tujuan Pelaburan


Salah satu sebab anda perlu melabur adalah kerana keinginan menjana pendapatan pasif tanpa perlu bekerja terutamanya semasa hari tua nanti! 


Ringkasnya, terdapat hanya dua cara untuk mendapatkan income: (1) dengan berkerja (dapat gaji) dan / atau dengan (2) mempunyai 'aset' yang boleh bekerja untuk anda. 


Tujuan melabur juga adalah supaya nilai wang simpanan anda tidak terhakis dimamah inflasi. Nilai RM 100 pada hari ini adalah lebih bernilai berbanding daripada nilai RM 100 pada masa akan datang disebabkan faktor inflasi. Inflasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ianya tetap berlaku samada suka ataupun tidak. Dengan melabur, anda berpotensi melindungi nilai wang anda dengan memperolehi return yang lebih tinggi daripada kadar inflasi.


Medium Pelaburan


Terdapat beberapa beberapa instrument pelaburan antaranya :


1. Saham / Ekuiti

2. Sukuk (Islamic Bond)
3. Precious Metal (e.g. Gold, Silver etc)
4. Hartanah
5. Unit Trust / Unit Amanah

Tidak kira instrument apa pun yang dipilih, tujuannya tetap sama iaitu menjana lebih banyak wang untuk anda pada masa akan datang. 


Money isn't everything, but happiness alone can't keep out the rain.


Untuk jangka masa panjang, sejarah telah menunjukkan saham adalah instrument yang memberikan pulangan paling tinggi bersesuaian dengan risikonya yang juga tinggi. Peter Lynch pernah mengatakan "stocks are likely the best investment you'll ever make". Tulisan ini juga lebih tertumpu kepada pelaburan saham.


Sebelum melabur di pasaran saham, anda harus memilih saham syarikat mana yang berpotensi memberikan keuntungan kepada shareholders. Memilih saham untuk dibeli memerlukan kajian yang teliti dan ianya time consuming. Alternatifnya, anda boleh memilih unit trust di mana ada fund manager professional yang mengendalikan duit anda untuk dilaburkan di pasaran saham. Inilah tujuan utama unit amanah / unit trust dicipta iaitu untuk membantu retail investor (pelabur runcit) melabur di pasaran saham dengan menggunakan khidmat pakar menguruskan wang mereka.


Hubungi saya untuk bantuan memilih fund berkualiti daripada lebih 300 unit trust fund yang ada di Malaysia.


NOTA : ASB juga adalah salah satu jenis dana unit amanah.

Happy Investing!



Zhafran @ Abu Muhammad 
Whatsapp / Telegram: 0122153974
Email: zhafran.jarir@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Up