Senarai Unit Trust Terbaik dari The Edge-Thomson Reuters Lipper Fund Award Malaysia 2017



The Edge-Thomson Reuters Lipper Fund Award Malaysia




Mungkin kita dah biasa dengar syarikat unit trust yang sering diperkatakan orang seperti Public Mutual Bhd dan CIMB Principal Asset Management Bhd.

Namun tahukah kita bahawa sebenarnya, di Malaysia, terdapat lebih dari 30 Syarikat Pengurusan Unit Amanah - Unit Trust Management Company (UTMC) - yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) [1]. Daripada senarai ini, mungkin banyak syarikat yang kita tidak pernah dengar. Antara UTMC kegemaran penulis adalah Eastspring Investment Bhd, Aberdeen Asset Management dan AmFunds Management Bhd.


Setakat Disember 2016, terdapat lebih daripada 600 unit trust funds (dana unit amanah) termasuk 199 daripadanya adalah dana patuh syariah. 


Jumlah ini sudah tentunya banyak menjadikan ia sukar untuk pelabur awam memilih fund yang mana hendak dilaburkan terutamanya bagi yang tidak ada asas dalam pelaburan unit trust. 

Sebagai panduan awal, senarai unit trust fund yang mendapat anugerah dari "The Edge-Thomson Reuters Lipper Fund Award" boleh dijadikan rujukan sebagai preliminary "Shopping List" [2] dalam mencari unit trust terbaik.

http://www.theedgemarkets.com/en/node/335284






Highlight daripada senarai anugerah di atas:


  • Eastspring Investment merangkul anugerah terbanyak iaitu sebanyak 17 anugerah termasuk 16 anugerah individu.
  • Eastspring Dana al-Ilham telah dianugerahkan sebagai yang terbaik untuk kategori Equity Malaysia (Islamic) bagi tempoh 3, 5 dan 10 tahun.
  • CIMB Islamic Asia Pacific Equity Fund memenangi kategori Equity Asia Pacific ex. Japan (Islamic) bagi tempoh 5 tahun.

Kedua-dua fund di atas merupakan fund kegemaran penulis berdasarkan rating baik yang diberikan oleh Lipper dan juga Morningstar [3].

Happy Investing! Diversify wisely instead of Diworseify!

NOTE: Past performance is no guarantee of future results.
          (Prestasi yang lepas tidak menjamin hasil di masa hadapan).


Zhafran @ Abu Muhammad 
Whatsapp / Telegram: 0122153974
Email: zhafran.jarir@gmail.com
          

Rujukan:


  1. Maklumat senarai penuh UTMC boleh didapati di laman web Securities Commission Malaysia atau Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM).
  2. Maklumat lanjut mengenai kriteria Lipper, boleh rujuk Lipper General Methodology
  3. Morningstar dan Lipper adalah antara badan penyelidikan bebas yang paling menonjol di dunia unit trust. Syarikat ini menilai secara adil, menyatakan data penting dan memberi rating kepada setiap fund yang dinilai. 



DISCLAIMER : All information in this article / blog is for educational purposes only and should not be taken as investment advise, nor as a recommendation or endorse. You should consult your authorized agent or financial planner for detailed explanation.

No comments:

Post a Comment

Up