Charge dan Fee Unit Trust


Tulisan kali ini adalah berkaitan dengan caj atau fee ke atas setiap pelaburan yang kita laburkan dalam sesuatu dana unit trust.

Setiap pelabur unit trust perlu tahu bahawa terdapat beberapa fees yang dikenakan oleh syarikat pengurusan dana unit trust apabila anda melabur. 


Berikut disenaraikan beberapa standard charges yang dikenakan ketika melakukan transaksi. Info ini saya kutip dengan beberapa pengubahan dari blog Pakdi.net di sini.

1. Caj semasa membeli unit - Sales Charge
2. Fi pertukaran dana - Switching fee
3. Fi pemindahan dana - Transfer fee
4. Caj semasa menjual unit - Redemption Charge

Kebiasaannya redemption charge adalah 0% untuk unit trust kategori stock / ekuiti. Manakala untuk unit trust kategori bond atau money market pula kebiasaannya dikenakan 0% untuk  kedua-dua sales charge dan redemption charge.

Switching fee pula bergantung kepada unit trust fund apa yang anda switch. 
0% switching fee sekiranya sales charge fund yang anda switch itu mengenakan sales charge yang sama atau kurang daripada fund asal. Sebaliknya, sedikit switching fee akan dikenakan sekiranya anda switch ke fund yang mengenakan sales charge lebih tinggi dari fund asal. Di bawah adalah contoh switching fee yang saya ambil dari prospektus sebuah syarikat pengurusan dana.



Selain dari caj di atas, terdapat beberapa lagi caj:

1. Fi pengurusan tahunan - Annual Management Fees
2. Fi pemegang amanah - Annual Trustee Fees

Kedua-dua caj ini adalah lebih rendah berbanding dengan sales charge. Ianya juga dah ditolak siap-siap dalam pengiraan NAV harian. Maklumat performance return of unit trust funds di Lipper table, Morningstar, Novagni dan Bloomberg adalah keuntungan bersih sudah ditolak siap-siap management dan trustee fees.

Untuk maklumat lebih accurate berkenaan fees sesuatu fund, anda perlu merujuk prospektus ataupun fund fact sheet unit trust fund tersebut. Anda juga boleh bertanya ejen unit trust anda untuk penjelasan. 

Saya juga ada kongsikan cara yang tepat untuk mengira Sales Charge. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut..

Happy Investing!

Your trusted unit trust consultant,
Zhafran

Whatsapp / Telegram: 012 215 3974
Email: zhafran.jarir@gmail.com
Whatsapp.me/60122153974
Telegram.me/MohdZhafran

No comments:

Post a Comment

Up