Cara Tepat Kira Sales Charge Unit Trust

Source: Moneycontrol.com
Mungkin ada pelabur yang keliru bagaimana cara sales charge dikira setiap kali pembelian unit dilakukan. Bila dilihat statement yang diberikan oleh syarikat unit trust, rasa macam ada yang tak kena je angka dalam statement tersebut terutamanya jumlah sales charge. Statement salah kira ke? Ataupun kita yang salah faham cara kira? 


Contohnya macam statement di bawah ni:

Dengan sales charge sebanyak 3% dan gross investment sebanyak RM 9,800, biasanya anda akan kira straight forward seperti ini;

Sales charge amount = 3% x RM 9,800
                                   = RM 294

Tapi statement tulis RM 284.94 berbeza dengan kiraan di atas. Mana satu yang betul?? Ejen bagi discount charge ke....๐Ÿ˜

Jawapannya, jumlah sales charge di statement sudah pasti adalah tepat, bukan seperti yang kita kira awal tadi. 


Kenapa? Sebab jika dirujuk pada fund fact sheet ataupun prospektus, sales charge adalah dikira berdasarkan NAV. Bermakna sales charge dikenakan ke atas net investment, bukannya gross investment.

Kita tengok satu contoh ilustrasi kiraan yang tepat di bawah. 

Nota: Kiraan ini tidak mengambil kira GST untuk kesenangan.

Katakan pelabur A melabur sebanyak RM 10,000 dan melabur ke Dana XYZ yang mengenakan sales charge sebanyak 3%.

Gross investment = RM 10,000

Sales Charge : 3%

Net investment = Gross investment / (1 + Sales Charge %) 

Net investment = RM 10,000 / (1 + 3%) = RM 9,708.74
(Nota: Kenapa bahagi?? Kalau yang curious nak tahu kenapa bahagi, boleh rujuk bagaimana cara derive di Nota Kaki 1 di bawah. Untuk yang kurang berminat, boleh terima seadanya formula ini)

Maka sales charge amount = 3% x RM 9,708.74 = RM 291.26

Berbalik kepada contoh sebelum ini, jumlah net investment (setelah consider GST) adalah RM 9,497.96.





Berdasarkan jumlah net investment ini, amount sales charge = RM 9,497.96 x 3% = RM 284.94, sama seperti dalam statement.

Kesimpulannya sebagai panduan, pelabur boleh menggunakan formula di bawah ini untuk setiap pelaburan di unit trust (setelah diambil kira GST).



Sekali lagi, kepada yang curious nak tahu macam mana dapat formula ni, boleh rujuk Nota Kaki 2 di bawah.

Untuk mengetahui kos-kos lain yang terlibat dalam unit trust, boleh rujuk link di SINI.

Happy investing!

Your trusted unit trust consultant,
Zhafran
Whatsapp / Telegram: 012 215 3974
Email: zhafran.jarir@gmail.com
Whatsapp.me/60122153974
Telegram.me/MohdZhafran


Nota Kaki 1

Di sini diterangkan bagaimana dapat formula berikut;

Net investment = Gross Investment / (1 + Sales Charge %)

Untuk mudah, kita shortform kan:

NI : Net investment
GI : Gross investment
SC : Sales Charge

NI = GI / (1 + SC%)

Persoalannya, kenapa bahagi?? Bagaimana dapat formula ni?

Pertama sekali telah dijelaskan di atas, Sales Charge adalah dikenakan ke atas jumlah Net Investment.

Net Investment = Gross Investment - [Jumlah Sales Charge]

Jumlah Sales Charge = (Net Investment x Sales Charge%) = (NI x SC%)

Jadi, NI = GI - (NI x SC%)

Re-arrange balik equation ini,

NI + (NI x SC%) = GI

NI x (1 + SC%) = GI

NI = GI / (1 + SC%) 

Net Investment = Gross Investment / (1 + Sales Charge%) 

Nota Kaki 2

Dengan GST, formula nya seperti ini pula:

Net Investment = Gross Investment / [1 + Sales Charge% + (Sales Charge% x GST%)]

Macam mana dapat formula ni, sama sahaja seperti di atas cuma kali ni, GST dikenakan ke atas sales charge.

Net Investment = Gross Investment - [Jumlah Sales Charge] - [GST ke atas Jumlah Sales Charge]

NI = GI - (NI x SC%) - (NI x SC% x GST%)

NI + (NI x SC%) + (NI x SC% x GST%) = GI

NI x [1+ SC% + (SC% x GST%)] = GI

NI = GI / [1+ SC% + (SC% x GST%)]


Net Investment = Gross Investment / [1 + Sales Charge% + (Sales Charge% x GST%)] 

No comments:

Post a Comment

Up