Beri Nasihat Seperti Jarir bin Abdillah al-Bajali r.a


Bismillah..

Kisah penuh inspirasi mengenai Jarir bin Abdillah al-Bajali ini sangat sesuai dijadikan peringatan sebagai tauladan dan panduan.

Cerita ini diambil dari buku Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlah Mulia tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.


==QUOTE==

Jarir bin Abdillah al-Bajali (wafat 51H) seorang sahabat Nabi SAW yang sangat elok paras rupanya. Malah Umar bin al-Khattab pernah menyebutnya sebagai "Nabi Yusuf" umat ini.

Jarir masuk Islam pada tahun 10 H di Madinah dan mengucap bai'ah (sumpah setia) kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata, "Aku berbaiah kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan bernasihat kepada setiap Muslim."

Hingga akhir hayat, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang diucapkannya.

Imam ath-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Jarir pergi ke pasar dengan pembantunya untuk membeli seekor kuda. Setelah melihat kuda yang diinginkannya, Jarir memerintahkan pembantunya untuk membeli kuda tersebut. Pembantunya dan pemilik kuda telah sepakat dengan harga 300 dirham, lalu mereka mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.

Jarir bertanya: "Berapakah harganya?" Pemilik kuda berkata: "300 dirham."

Jarir berkata: "Kuda ini bernilai lebih daripada itu."

Orang itu bertanya: "Berapakah harganya pada pandanganmu?"

Jarir berkata: "Kamu harus menjualnya antara 500 hingga 800 dirham." Lalu pembantunya memberitahu harga itu kepada pemilik kuda tersebut.

Apabila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, Jarir menjawab: "Saya berjanji kepada Rasulullah SAW untuk sentiasa menasihati kaum Muslimin."


==UNQUOTE==


Dari kisah di atas, boleh saja sahabat Nabi SAW ini membeli kuda pada harga asal yang lebih murah ditawarkan oleh penjual akan tetapi disebabkan sikap beliau yang amanah dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, maka beliau terus memberikan nasihat yang adil walaupun keadaan tersebut tidak memihak kepadanya.

Semoga bermanfaat.

Happy Investing!


Zhafran @ Abu Muhammad 
Whatsapp / Telegram: 0122153974
Email: zhafran.jarir@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Up